Bunuh dan tinggal mayat teman wanita di tepi sungai, penganggur didakwa

Dari Penulis

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanita sendiri yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang bulan lepas.

Mohd Khairul Nizam Ibrahim, 34, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Baca: Angkara cemburu, penganggur bunuh dan tanam mayat teman wanita

Mohd Khairul Nizam didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Norfahizatul Syahira Sopa, 32, di sebuah bilik di tepi Sekolah Kebangsaan Simpang, Jalan Taman Mawar, Simpang pada kira-kira 2 petang 4 Oktober lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This