Sebanyak 4,854 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada 21 November. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

SEBANYAK 4,854 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – terendah dalam tempoh hampir dua minggu.

Jumlah kes harian hari ini juga turun lebih 1,000 kes berbanding semalam yang melaporkan 5,859 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 2.586 juta kes kumulatif COVID-19 direkodkan setakat ini.

“Pada 21 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,854 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,586,601 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca: Kes baharu turun kepada 5,859, kebolehjangkitan 1.01

Langgar SOP kempen, KKM kompaun Zahid, Ab Rauf RM10,000

Untuk rekod, kali terakhir jangkitan harian lebih rendah berbanding hari ini ialah pada 8 November lalu yang mencatatkan 4,543 kes.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 semalam kekal pada 1.01.

Bagaimanapun, kebanyakan negeri merekodkan nilai Rt melebihi paras nasional kecuali, Melaka, Sabah, Sarawak dan Perlis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram