Datin Seri Rosmah Mansor . GAMBAR: Abd Razak Aid

DATIN Seri Rosmah Mansor sepatutnya hadir prosiding rayuannya di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu masih berada di Singapura walaupun dilaporkan sebelum ini beliau mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Setelah mendengar penjelasan peguam bela, Mahkamah Rayuan menggunakan budi bicaranya dengan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Rosmah.

Memetik laporan BH Online, panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah memerintahkan Rosmah hadir di mahkamah Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuan terbabit.

Menurut Hanipah, panel sebulat suara membuat keputusan itu dan turut menimbangkan Rosmah sebelum ini tidak pernah gagal hadir dalam prosiding di mahkamah.

Baca: Rosmah dapat pelepasan pasport sementara untuk ke Singapura, temani anak hendak bersalin

Selepas Rosmah berjaya, Najib pula tunggu kelulusan permohonan pasport untuk ke Singapura

Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.

Terdahulu, Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili Rosmah memaklumkan mahkamah anak guamnya masih berada di Singapura.

Daripada laporan Malaysiakini, keputusan itu dibuat selepas hakim mendengar penjelasan Jagjit bahawa perkara itu disebabkan “kelalaian” dan dia bertanggungjawab penuh atas ketidakhadiran isteri bekas perdana menteri itu.

Gopal Sri Ram sebelum itu meminta panel hakim agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Rosmah.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan beliau ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut menetapkan syarat bahawa pasport Rosmah mesti dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram