ENAM pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang dikenal pasti terlibat dengan kes buli digantung serta-merta selama dua minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu seperti diputuskan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).
Kata beliau, JDM turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di MRSM.
Mahdzir berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita, Che Arpah Ariffin, Ketua Pemuda, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri, Yusnaliza Ahmad.
Baca: Buli di MRSM: Enam pelajar 13 tahun ditahan polis
MARA tidak berkompromi terhadap salah laku pelajar MRSM
Polis dilaporkan menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira 6 petang.
Sementara itu, Mahdzir berkata, pihak MARA mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.
Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis berdasarkan siasatan luaran.
Pihak MARA jelas beliau, mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.
“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, kokurikulum dan jatidiri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM, tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

