SHAPADU Thermomix mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama bagi mengembangkan sektor makanan berkhasiat dan berkualiti.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani berkata, kerjasama itu bukan sahaja tertumpu kepada penjualan mesin tersebut tetapi juga latihan serta pengembangan sektor makanan.
Menurut Shafiz, ia juga mampu menjadi platform kepada usahawan serta bakal usahawan berjinak-jinak dengan perniagaan makanan.
Shafiz turut berharap kerjasama berkenaan bakal diterjemahkan dengan pembukaan outlet makanan Thermomix seperti yang dilaksanakan di Australia dan United Kingdom.
“Kita sama-sama nak wujudkan peluang bukan hanya tertumpu kepada penjualan unit Thermomix tapi lebih tertumpu pada latihan dan pengembangan sektor makanan untuk mengeluarkan produk siap dimakan yang berkhasiat dan berkualiti.
“Saya percaya wadah ni akan dapat dimanfaatkan oleh usahawan atau bakal usahawan. Kita dah agak lama bergerak secara individu tetapi dengan rangkaian Shapadu kita nak berkembang lebih besar di seluruh negara,” katanya.

Baca artikel berkaitan: RM35 juta diperuntuk bantu mangsa banjir – Rina
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor.
Seramai 200 perunding Thermomix turut bersama-sama menyediakan 1,000 pek makanan yang dimasak menggunakan Thermomix untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Kumpulan Shapadu turut menjadi syarikat korporat pertama menghulurkan bantuan berjumlah RM150,000 kepada Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diusahakan YKN.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN turut hadir menerima sumbangan daripada Kumpulan Shapadu.
Thermomix merupakan sebuah perkakas memasak serba guna masa kini yang boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis makanan berkhasiat dan berkualiti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

