YAYASAN Kebajikan Negara (YKN) berharap kecaman dan tohmahan terhadap semua usaha murni membantu mangsa-mangsa banjir dihentikan.
Sebaliknya, YKN menyeru masyarakat memberi fokus ke atas usaha untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Menjawab isu sekeping gambar tular di media sosial mendakwa majlis bantuan banjir dijalankan di sebuah hotel, YKN menjelaskan program tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Shapadu.
Menurut YKN, ia bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dalam bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
Yayasan itu memaklumkan telah dijemput menerima sumbangan daripada Kumpulan Shapadu yang bermurah hati menyumbang wang tunai berjumlah RM150,000 di premis hotel milik syarikat tersebut, Hotel The Grand Campbell, Kuala Lumpur.
“Selain sumbangan wang tunai, sukarelawan Thermomix pula bergotong-royong menyediakan 1,000 pek makanan untuk mangsa banjir di hotel tersebut selain sumbangan bernilai RM69,880.
“Bantuan tersebut telah diserahkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang merupakan Pengerusi YKN sebelum beliau bergegas ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menyampaikan bantuan yang telah disalurkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Shapadu Thermomix ganding bahu bantu mangsa banjir
Mengulas lanjut, YKN turut menghargai dan berterima kasih atas setiap usaha murni syarikat korporat dalam menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, pek makanan bermasak, makanan kering dan sebagainya.
Kata yayasan itu, ia sebagai usaha berterusan membantu mereka yang terkesan dalam mendepani bencana banjir yang kritikal dan mengejutkan seluruh negara.
Katanya, YKN sentiasa mengalu-alukan sumbangan derma daripada individu, syarikat swasta dan sebagainya bagi memastikan dana yang mencukupi kerana yayasan itu tidak mempunyai sumber kewangan tetap.
“YKN juga sentiasa mengamalkan konsep terbuka dalam menerima sumbangan mengikut kesesuaian penaja atau syarikat korporat yang ingin memberi sumbangan.
“Sumbangan kepada mangsa banjir boleh disalurkan kepada Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia YKN di no akaun 160140010004801 (Alliance Islamic Bank Berhad) atau hubungi urus setia di talian 03-83232143/2430.
“Semua sumbangan derma kepada YKN akan dikecualikan daripada cukai seperti yang telah diwartakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

