Mohd Khairuddin Aman Razali .

DATUK Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali akan terus memberi tumpuan kepada tugasan dalam Majlis Syura Ulama walaupun digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) parti tersebut.

Memetik laporan BH Online, Mohd. Khairuddin menyatakan komitmen dan beristiqamah membantu Pas.

“Saya akan terus istiqamah melaksanakan tugas parti yang lain walaupun tanpa memegang jawatan sebagai AJK Pas Pusat.

“Saya akan menumpukan tugas dalam Majlis Syura Ulama selepas ini,” katanya seperti dilapor BH Online.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sah digugurkan daripada jawatan sebagai AJK Pas Pusat tidak sampai dua bulan dilantik.

Keputusan itu diumumkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada media, semalam.

Baca artikel berkaitan: Selepas digugur, Khairuddin ingatkan pimpinan perpaduan ahli dua parti Melayu

Mohd. Khairuddin digugurkan sebagai AJK Pas – Abdul Hadi

Menurut Abdul Hadi, proses pengguguran itu dilakukan dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Pas, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Pada 23 November lalu, Mohd. Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mohd. Khairuddin diketahui umum sebagai antara segelintir pimpinan Pas yang lebih cenderung kepada permuafakatan dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional.

Ini berbeza dengan pucuk pimpinan Pas yang memutuskan untuk kekal dalam Perikatan Nasional (PN), bersama Bersatu dan beberapa parti komponen lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram