Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang. - Gambar FB Azizulhasni Awang

PERMULAAN arena sukan tahun ini dicemari banyak berita negatif terutamanya melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Terdapat banyak pihak yang menyuarakan pendapat masing-masing antaranya menyentuh isu wang, pengurusan dan kebajikan.

Tidak ketinggalan, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turut berkongsi pengalaman dan mendedahkan beberapa isu mengenai tawaran besar daripada pihak luar terhadapnya.

Menurut Azizulhasni, sepanjang kariernya, beliau telah menolak banyak tawaran besar daripada pihak luar dengan cara terhormat.

Katanya, antara tawaran yang pernah diterimanya adalah daripada pasukan Professional Drapac (lebuhraya), Japanese Keirin Association (JKA) dan ditawarkan untuk berlumba di perlumbaan jemputan di Eropah.

“Saya tetap menolak kerana mengutamakan tanggungjawab kepada pasukan negara tercinta.

“Andai kata saya memilih peluang-peluang tersebut, sudah tentu ia akan memberi banyak kelebihan kepada diri sendiri,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: BAM larang Lee Zii Jia bertanding dua tahun

Sah! Lee Zii Jia keluar BAM, ingin capai impian ikut rentak sendiri – Norza

Azizulhasni menambah, tindakan beliau menolak tawaran daripada pihak luar kerana Malaysia telah banyak melabur untuk memastikannya berada pada tahap terbaik.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sentiasa pastikan setiap wang yang dilaburkan dibalas balik dari segi pencapaian, pengorbanan mahupun memberi kembali kepada masyarkat dan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram