Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membolehkan aktiviti seperti ceramah serta kempen bersemuka berjalan dengan selamat.
Gesaan itu dibuat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) selepas melihat situasi wabak Covid-19 semakin bersifat endemik dengan kes positif serta jumlah kemasukan ke hospital agak stabil.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan berkata, SPR juga perlu meneliti beberapa perkara penting berkaitan SOP PRN Johor.
“Semua parti perlu diberi akses media secara adil sama ada media cetak mahupun elektronik. Tempoh kempen juga perlu sekurang-kurangnya 21 hari.
“SPR juga perlu digerakkan dengan aktif untuk berada di kedutaan-kedutaan Malaysia di Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain bagi memastikan undi pos dilaksanakan dengan baik,” katanya semalam.
Baca artikel berkaitan: PN sedia hadapi PRN Johor, berunding jumlah kerusi ditandingi
Mengulas lanjut, Majlis Presiden PH mengumumkan untuk bertanding dalam PRN Johor dan akan bersiap sedia dalam masa terdekat.
Katanya, PH akan memuktamadkan isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti pembangkang yang lain nanti.
“Pada ketika rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak Covid-19, dan banjir, PRN Johor akan amat membebankan rakyat.
“Kita nekad untuk merangkul seluruh kekuatan pembangkang dan masyarakat bagi memenangi PRN ini demi masa depan Johor yang lebih baik,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegra

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

