DALAM soal Rohingya, kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi mahu pun junta yang menggulingkan ‘ikon’ demokrasi itu adalah sama.
Tiada beza. Mengecewakan ramai. Malah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua secara terbuka mengkritik Suu Kyi kerana membisu penindasan berdarah di wilayah Rakhine.
Namun, apabila demokrasi Myanmar digulingkan Februari lalu, pendirian Malaysia konsisten kepada keputusan ASEAN – tamatkan keganasan, termasuk bebaskan tahanan politik.
Tahanan politik ketika ini antaranya Suu Kyi sendiri di samping pemimpin partinya (NLD) yang sudah pun ada dijatuhi hukum mati oleh junta.
Justeru apabila Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menjadi pemimpin dunia yang pertama melawat Myanmar sejak junta merampas kuasa hampir 12 bulan lalu, ia memang jadi tajuk berita.
Pelbagai pihak melahirkan kegusaran, kurang senang bahkan kritikan. Paling jadi perhatian, pandangan Malaysia.
Ini memandangkan Kemboja kini Pengerusi ASEAN dan setiap tindak-tanduk mereka perlu mengelak kontroversi – lebih-lebih lagi dalam konteks Myanmar yang dibimbangi memberi isyarat sebagai menerima kepimpinan junta.
Respons beberapa negara ASEAN selepas lawatan itu tidak sukar untuk difahami oleh Hun Sen walau pun dalam ayat diplomasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tegas menyatakan pendirian Malaysia yang kekal tidak berubah selagi tiada perkembangan nyata dan pelaksanaan sepenuhnya Kemuafakatan Lima Perkara (5PC).
Malah, Malaysia juga menggesa tahanan politik dibebas segera junta tanpa sebarang syarat, termasuk Aung San Suu Kyi dan U Win Myint.
Baca: Myanmar: Pendirian tegas Malaysia disuarakan PM kepada Hun Sen
Darurat setahun, Malaysia pantau situasi di Myanmar
Media antarabangsa lapor meluas kenyataan Malaysia yang dikeluarkan Wisma Putra usai sesi sidang video Ismail Sabri dan Hun Sen hari ini.
Selain Malaysia, desakan sama dibuat Presiden Jokowi, Singapura dan Filipina, tetapi junta tidak menujukkan perkembangan pematuhan kepada 5PC yang diputuskan April lalu.
Malah, lebih 1,000 orang dilaporkan menjadi korban pergolakan politik negara itu.
Dan selagi tiada kemajuan, maka selagi itulah junta Myanmar tidak harus berada dalam lingkaran kepimpinan ASEAN.
Sebab itu penegasan Malaysia seperti dinyatakan Ismail Sabri dalam sidang video dua pemimpin itu cukup mustahak.
Hun Sen perlu bijak menguruskan antara ketua kerajaan dan kapasiti negaranya sebagai Pengerusi ASEAN.
Dalam hal ini apa disuarakan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah memang tepat pada masanya.
Walaupun Hun Sen memberi respons tidak selesa dengan membalas kenyataan Saifuddin sebagai ‘angkuh’, namun anggota ASEAN berhak bersuara.
Lagi pun Saifuddin hanya bertegas dengan pendirian ASEAN agar pengerusinya tidak membawa ke jalan songsang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

