“Antara impian mummy dari kecil…,”- Memey Suhaiza teruja hasrat miliki kereta ‘tidak berbumbung’ tercapai

Dari Penulis

ANGAN-angan pelakon Memey Suhaiza untuk miliki sebuah kereta ‘tidak berbumbung’ sejak kecil akhirnya tercapai.

Menerusi perkongsian Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi,34, di Instagram, dia memandu sebuah kereta jenama Audi berwarna hitam bersama suaminya, Norman Hakim, 46, dengan penuh teruja.

“Antara impian mummy dari kecil. Suka tengok kereta tak ada bumbung. Tak kira apa jenis, suka tengok. Kalau nampak orang bawa mesti akan tengok sampai terpusing-pusing kepala.

“Mummy simpan erat impian itu. Bukan menidakkan. Setiap kali nampak apa-apa yang tak ada bumbung, mummy doa dalam hati.

“Tidaklah terlalu mengharap (supaya tak terlalu fikir) cuma terus positif,” coretnya.

Tambah pelakon kelahiran Johor itu lagi, sebelum ini dia perlu menyimpan hasrat tersebut untuk mengutamakan keperluan daripada kehendak dan perlu fokus terhadap komitmen yang lebih penting.

Dalam pada itu, Memey turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Norman yang memberi keizinan serta memberi sokongan dalam merealisasikan impiannya untuk memiliki kereta idaman.

“Mummy utamakan keperluan darpadai kehendak. Mummy teruskan kehidupan macam biasa. Fokus dengan setiap apa yang mummy buat.

“Tapi hari ini, Allah izinkan juga mummy rasa bawa kereta tak ada bumbung macam ini sebagai kepunyaan sendiri. Terima kasih suami sebab selalu sokong, bagi izin restu dan doa setiap hari untuk isterinya terus melangkah. Saya cintakan awak.

“Terima kasih ya Allah, minta maaf mummy kongsi sini sebab mummy sangat teruja. Dari kecil tau hasrat ini. Mungkin biasa bagi orang lain, tapi ini kesukaan mummy.

“Jadi lepas ini kalau nampak mummy, ‘hon pin pin’ dan lambai sikit ya,” katanya.

Untuk info, Memey mendirikan rumah tangga bersama Norman pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 9, Muhammad Dikhriz Hakim, 7, dan Mikayla Delisha Hakim, 4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This