RAMAI pelancong China yang datang ke Malaysia dikesan tidak keluar dari negara ini. - Gambar hiasan

AIRASIA mengesahkan kejadian sebuah pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau yang terpaksa membuat pendaratan di Kuching ekoran penemuan seekor ular.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling berkata, syarikat penerbangan itu mengambil maklum tentang insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Tien Ling berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan anak kapal atau pun penumpang berlaku.

Menurut Tien Ling, juruterbang telah mengambil tindakan sewajarnya selepas menyedari tentang insiden tersebut dengan penerbangan telah berlepas ke Tawau selepas itu.

“Juruterbang telah membuat keputusan untuk mengalihkan pesawat ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga untuk tindakan sewajarnya.

“Ini adalah kejadian yang sangat jarang berlaku dan boleh terjadi pada mana-mana pesawat dari semasa ke semasa.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru kapal sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkap layar video yang tular di media sosial penemuan ular dalam pesawat dipercayai penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, semalam. GAMBAR: Media sosial

Baca artikel berkaitan: Ular ikut ‘terbang’, penerbangan ke Tawau terpaksa mendarat di Kuching?

Terdahulu, UtusanTV melaporkan satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, semalam dikatakan terpaksa membuat pendaratan di Kuching, Sarawak ekoran kemunculan ular dalam pesawat.

Dalam video yang tular dalam aplikasi TikTok, pesawat dipercayai milik AirAsia dengan nombor pendaftaran AK5748 sepatutnya mendarat di Tawau, Sabah.

Bagaimanapun, juruterbang dikatakan terpaksa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak selepas penemuan ular di bahagian ruang lampu pada bumbung pesawat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram