Karma talkin terhadap UMNO hantui Bersatu, Muhyiddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sedang dihantui bayang-bayang sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, hal itu selepas Muhyiddin acap kali mengulangi istilah kluster mahkamah untuk mempengaruhi pengundi di Johor.

Menurut Mohamed Khaled, tindakan Muhyiddin itu menunjukkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terdesak dan ketandusan idea untuk bersaing dengan UMNO.

“Saya kasihan benar dengan Presiden Bersatu ini. Benar-benar beliau ketandusan kecerdasan. Siang dan malam tidur tak lena, mandi tak basah kerana dibayangi dengan kluster mahkamah.

“Rupanya penglibatan Bersatu dalam PRN Johor hanya untuk menentang kluster mahkamah. Tiada rencana konkrit, lakaran masa depan dan cita-cita yang segar.

“Yang lagi pelik ialah, tiada seorang pun yang beliau gelar kluster mahkamah itu bertanding di Johor atau ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Menteri Bersatu masuk UMNO khabar angin, perang psikologi – Hamzah

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, Muhyiddin kini sedang berhadapan dengan krisis paling besar dalam karier politiknya.

Hal itu menurut Mohamed Khaled kerana ketika ini ramai pemimpin dan ahli Bersatu bertindak keluar dari parti tersebut.

“Karma talkin Muhyiddin terhadap UMNO kembali menghantui Bersatu. Semuanya ciptaan beliau sendiri, bukan orang lain.

“Ini kerana dari sehari ke sehari, semakin ramai pimpinan dan ahli Bersatu keluar meninggalkan parti.

“Setelah kehilangan sokongan sebagai Perdana Menteri, tewas di Melaka, gagal bertapak di Sarawak, kecundang dalam usaha memikat kerjasama dengan UMNO, beliau kini hanya ada Pas sebagai sandaran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This