EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan besar semasa Pilihanraya Negeri Johor (PRN) jika meletakkan lebih ramai muka baru dan berpengalaman sebagai calon.
Beliau berkata, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjanji akan meletakkan lebih ramai calon sedemikian yang berpotensi membawa kestabilan politik di negeri Johor.

“Dengan poster calon Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yang tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti, Insha-Allah,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Katanya, antara faktor lain yang boleh menjadikan kemenangan besar buat BN Johor adalah kekurangan calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang berkaliber dan pergolakan perebutan kuasa di dalam PH dan juga Perihatan Nasional (PN).
“Ditambah pula dengan sikap Parti Muda yang hipokrit dan masih tidak matang dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa serta janji-janji manifesto yang membuatkan rakyat Johor menyampah dan tidak lagi akan termakan dengan janji-janji manis PH dan PN.
“Saya harapkan agar rakyat negeri Johor dapat bijak memilih dan mengundi demi sebuah kemakmuran bangsa, kestabilan ekonomi negeri, dan membantu BN memenangi PRN Johor nanti,” katanya.
Muhamad Muqharabbin berkata beliau UMNO dan BN telah banyak berubah dan belajar daripada kelemahan dan kekalahan PRU-14 yang lalu sebagai Exco Pemuda UMNO memohon agar kepimpinan atasan dapat meletakkan calon-calon muda yang berwibawa terutamanya Ketua Pemuda Bahagian di Johor bersama gandingan muka-muka lama yang berpengalaman dalam menarik sokongan rakyat Johor.

