Dua kes Covid-19 dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan telah mengenal pasti dua kes Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu dengan jumlah kumulatif 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes Covid-19 yang dilaporkan telah diasingkan daripada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Begitupun, katanya, tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di PPS di Kelantan dan Terengganu.

“Sehingga jam 3 petang semalam, sebanyak 54 PPS melibatkan 15 daerah telah dibuka dengan jumlah mangsa sebanyak 9,741 orang.

“Bilik gerakan banjir di kedua-dua negeri ini telah diaktifkan pada 26 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan meningkat pagi ini

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, terdapat tujuh kes jangkita sistem pernafasan akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang ditekankan KKM.

“Elakkan 3S iaitu kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.

“Orang ramai juga perlu mengamalkan 3W iaitu membasuh, memakai dan memberi peringatan berkenaan bahaya Covid-19,” katanya.

Noor Hisham menambah, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam serta luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambahnya, KKM juga akan terus memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This