PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah di luar jangkaan.
Menurut Ismail Sabri, kemenangan di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor semalam melebihi sasaran ditetapkan oleh parti.
“Ramai menjangkakan BN boleh menang tetapi dengan majoriti mudah atau 35 kerusi.
“Saya percaya rakyat sudah boleh membuat perbandingan. Dulu mereka tidak boleh membuat perbandingan sebab negara diperintah Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun, ramai rakyat waktu itu melihat kelemahan BN.
“Tetapi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat sudah boleh menilai dan ternyata apa yang dijanjikan oleh parti lain tidak dipenuhi walaupun sudah diberikan peluang oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Laungan bubar Parlimen di hadapan PM biadab! – Amin
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, BN terbukti prihatin membantu rakyat dan itu turut menjadi faktor utama kemenangan mereka di Melaka.
Katanya, semua pihak harus menerima dengan hati terbuka dan duduk bersama sebagai Keluarga Malaysia untuk membangunkan Johor.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Johor kerana memberikan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kepemimpinan negeri berkenaan.
“Terima kasih kepada semua kepimpinan UMNO, BN, rakan-rakan parti BN dan semua jentera yang bekerja kuat memenangkan parti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

