[VIDEO] PM jamin cadangan bubar Parlimen akan dibincangkan bersama Top Five parti

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan membincangkan cadangan pembahas mengenai pembubaran Dewan Rakyat bersama Top Five atau lima pemimpin tertinggi dalam parti UMNO.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, perkara tersebut juga akan dibincangkan dengan Majlis Tertinggi (MT) dan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda.

“Dua kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri PRN membuat kita menjadi lebih bersemangat untuk berjuang sehingga timbul permintaan supaya Parlimen dibubarkan segera.

“Saya mendengar cadangan pembahas-pembahas mengenai pembubaran Parlimen. Saya beri jaminan keputusan besar ini akan dibincangkan dengan Top Five parti,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di WTC Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dikongsikan beliau menerusi laman Twitter rasminya.

Kata Perdana Menteri, menjadi hasrat semua untuk melihat BN kembali menjadi parti dominan dalam kerajaan.

“Jika kita yakin dengan kemenangan kita, kita tidak akan menunggu walau satu saat pun untuk membubarkan Dewan Rakyat bagi mengadakan PRU-15,” katanya sambil mengingatkan pentingnya untuk bersatu padu, merapatkan saf.

Baca: Perkara berkaitan PRU perlu dibincang bersama – Ismail Sabri

Terima kasih Presiden kerana serah kepada PM – Khairy

Menerusi serangkap pantun, Perdana Menteri menyampaikan mesej bahawa dalam soal pembubaran Parlimen, ada dua perkara penting yang perlu dipatuhi.

Perkara tersebut ialah peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Berikut pantun Perdana Menteri:

Langit mendung angin menderu,
Gugur setangkai bunga melati,
Biar bergaduh bertemu seteru,
Perlembagaan dijunjung Raja dihormati.

Sementara itu, sebelum mengakhiri ucapan penangguhan berkenaan, Ismail Sabri menyeru kepada seluruh Keluarga UMNO supaya merapatkan saf.

Perdana Menteri pada masa sama menegaskan supaya jangan dibenarkan mana-mana anasir yang boleh mengganggu gugat keharmonian keluarga UMNO.

“Ini kerana hanya UMNO menjadi harapan. Rakyat telah cuba menukar Kerajaan tetapi terbukti hanya UMNO dan BN yang membela nasib mereka.

UMNO adalah Juara Rakyat!,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This