JAGUH badminton negara, Lee Zii Jia menunjukkan taring dalam peringkat suku akhir All England 2022 apabila menumpaskan pemain No. 2 Dunia, Kento Momota, semalam.
Pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan dominasi luar biasa dalam perlawanan set pertama apabila mendahului sehingga 17-1.
Biarpun Momota cuba mengejar, Zii Jia menamatkan set pertama dengan keputusan 21-7 dalam tempoh 13 minit.
Bagaimanapun, jaguh dari Jepun itu kembali memberi saingan apabila menewaskan Zii Jia dalam set kedua perlawanan dengan keputusan 13-21.
Begitupun, Zii Jia kembali menguasai perlawanan dalam set ketiga dan berjaya menumpaskan Momota dengan keputusan 21-11.
Baca artikel berkaitan: Lee Zii Jia balas dendam, belasah mudah Loh Kean Yew di BATC2022
Untuk rekod, kemenangan semalam membolehkan Zii Jia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya layak ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut.
Zii Jia akan bertemu dengan jaguh dari India, Lakshya Sen di peringkat separuh akhir nanti.
Dengan prestasi luar biasa Zii Jia ketika ini, tidak mustahil beliau mampu mengulangi kejayaan menjuarai kejohanan All England seperti tahun lalu.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

