Malaysia, Vietnam tingkat kerjasama ke tahap lebih tinggi – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Vietnam mengorak langkah baharu apabila kedua-dua negara tersebut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara persetujuan yang telah dicapai adalah pengiktirafan sijil vaksinasi kedua-dua negara itu untuk manfaat sektor pelancongan.

Menurut Perdana Menteri, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Nguyen Xuan Phuc semalam, kedua-dua negara bersetuju mengadakan integrasi aplikasi Mysejahtera Malaysia dengan PC Covid Vietnam.

“Selain itu, dalam sektor perdagangan, Vietnam telah mengemukakan permintaan bekalan petroleum dan gas tambahan dari Malaysia.

“Mengambil kira kerjasama baik Malaysia-Vietnam, kita bersetuju sebagai langkah permulaan untuk membekalkan 300,000 barrel petroleum (RON95) kepada Vietnam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan:Gaji suami dibeku jika ingkar tuntutan nafkah – Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau turut menjemput pelabur-pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Ujar beliau, antara bidang yang boleh diterokai termasuk pendigitalan, sektor pembuatan pintar dan keselamatan siber.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Vietnam turut menyatakan minat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri halal mereka.

“Malaysia sedia menawarkan kepakaran dan khidmat nasihat kepada Vietnam termasuk syarikat-syarikat dari negara itu yang berminat.

“Dalam hal ini, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan memastikan Halal Development Corporation (HDC) Malaysia mengambil tindakan susulan sewajarnya,” katanya.

Ismail Sabri menambah, beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia menawarkan produk-produk perbankan Islam untuk mempromosikan dan mengembangkan ekosiste industri halal di Vietnam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This