SEORANG individu yang dilihat memukul penunggang basikal di persimpangan lampu isyarat di Seri Manjung, Perak yang videonya tular dalam media sosial, semalam telah pun dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi dalam kenyataan memaklumkan, suspek yang memukul penunggang basikal itu merupakan rakan kepada pemilik kenderaan jenis Proton Wira berwarna biru yang tular dalam video berdurasi 52 saat itu.
Menurut beliau, suspek dipercayai berasal dari Batu Gajah, Perak.
Nor Omar memaklumkan, pemilik kenderaan tersebut dikenal pasti merupakan seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung.
“Polis telah terkesan penularan satu video dimuat naik di Facebook memaparkan satu lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna biru telah memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal.
“Hasil siasatan awal, Polis Daerah Manjung mengesahkan bahawa tempat kejadian adalah di persimpangan lampu isyarat berhampiran AEON Mall Seri Manjung.
“Menurut pemilik kenderaan tersebut, keretanya telah dipinjam oleh seorang rakan (suspek) pada 13 Mac 2022.
“Mangsa yang merupakan seorang lelaki dipercayai warganegara asing masih belum dikenal pasti dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Wanita Ford Ranger langgar Lamborghini hijau ditahan polis
Justeru, Nor Omar menyeru dan memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam video yang tular dipercayai dirakam dari kenderaan berada di belakang Proton Wira itu, kereta tersebut dilihat berhenti di susur sebelah kiri lampu isyarat berhampiran pusat beli-belah berkenaan.
Seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan memegang alat panjang dipercayai batang besi menuju ke arah penunggang basikal yang sedang berhenti di lampu isyarat tersebut.
Suspek seterusnya dilihat melibas alat tersebut ke arah mangsa sehingga menyebabkan basikalnya terjatuh.
Lelaki berkenaan kemudiannya kembali ke kenderaan sebelum beredar dari tempat kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

