MESKIPUN baru berusia 22 tahun, pencapaian memiliki sebuah kereta berjenama mewah, Mercedes-Benz CLA180 oleh penyanyi Wani Kayrie ternyata membuka mata orang ramai.
Menurut Wani, walaupun pernah dikritik dan dipandang enteng oleh rakan rapat tapi dia tidak menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk dirinya berjaya dalam industri seni.
Malah, pengalaman lalu itu telah memberi kesedaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam memilih rakan dalam kehidupan.
“Buat masa ini, saya kurang untuk menerima orang yang nak berkawan dengan saya dengan apa yang saya ada sekarang.
“Iyalah, dulu saya tiada apa-apa jadi rakan-rakan tak mahu berkawan dengan saya.
“Saya dah 12 tahun dalam industri seni. Terlalu ramai orang yang memandang rendah sampai tahap rakan-rakan rapat cakap yang saya tak akan berjaya walau usaha macam mana sekalipun.
“Saya terima kritikan itu untuk sebagai bukti yang saya tidak main-main dalam industri. Saya betul-betul fokus sebagai penggiat seni dan cari duit untuk diri dan keluarga,” katanya kepada URTV ketika ditemui di majlis pratonton program Ramadan Astro di The Linc, Kuala Lumpur.
Tambah pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu lagi, pencapaian yang dikongsikan di media sosial adalah untuk membuktikan jika dia juga boleh berjaya sama seperti orang lain.
“Saya hanya sibukkan dengan hal diri sendiri. Perkongsian di media sosial lebih kepada tentang aktiviti bersama keluarga dan kejayaan saya.
“Ramai orang kata, saya muat naik kisah kejayaan disebabkan riak, namun dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Itu sebenarnya nak tunjuk kepada mereka yang pernah memandang sinis dekat saya supaya nampak saya bukan seorang yang boleh dipandang rendah seperti itu,” ujarnya.
Bercerita tentang hal peribadi pula, Wani mengakui ada yang mahu mendekatinya namun buat masa ini dia tidak bersedia untuk membuka hatinya kepada sesiapa.
“Ada je yang mendekati cuma saya tak boleh nak buka hati lagi sebab dah pernah disakiti.
“Bekas teman lelaki pun ada yang datang balik tapi saya tidak boleh terima

