SEMANGAT Asal Bukan UMNO (ABU) semata-mata untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum disifatkan bukan formula terbaik untuk Malaysia.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kerjasama ‘strategik’ untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang sedang hangat diusahakan sesetengah pihak ketika ini juga bukanlah perkara baharu.
Malah, kata beliau, semangat ABU yang pernah berjaya menang semasa PRU-14 itu akhirnya retak daripada dalam.
Baca artikel berkaitan: Muhyiddin tikam belakang saya, sekarang minta sokongan – Tun Mahathir
Berikut kenyataan penuh Shahril yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau, hari ini:
CUKUPLAH SEKALI ABU
Kerjasama ‘strategik’ untuk menewaskan Barisan Nasional pada PRU15 – Itu yang sedang hangat diusahakan sesetengah pihak.
Ini bukan benda baru. Kita pernah lihat ia berlaku atas semangat Asal Bukan UMNO (ABU). Malah pernah berjaya menang pun semasa PRU14.
Tetapi apa berlaku selepas itu? Retak dari dalam. Sebab apa? Sebab sebuah Kerajaan yang terbentuk dan berniat semata-mata atas prinsip menafikan UMNO/BN, tidak akan berjaya untuk jangka masa lama. Pembuatan dasar akan celaru, persaingan, syak wasangka dan rasa tak puas hati sesama sendiri akan kian membuak.
Sejarah telah membuktikan ABU bukan formula untuk Malaysia. Pakatan Harapan (PH) diwujudkan selepas jatuhnya Pakatan Rakyat (PR) kerana retaknya PR dari dalam selepas Pas keluar PR akibat tiadanya keharmonian ideologi dan matlamat selain ABU.
Pakatan Harapan pun sama. Perbalahan dalam dan antara parti komponen kerana tidak ada agenda bersama selain ABU.
Sejarah telah membuktikan. Pakatan sebegini, setelah tercapainya ABU, tidak ada lagi yang menyatukan.
Berilah peluang kepada kestabilan semasa memilih nanti.
Cukuplah sekali ABU. Ayuh Malaysia kembali kepada BN.
#SambungYangTergendala
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

