Kenal di WhatsApp, akhirnya buruh dituduh rogol pelajar sekolah

Dari Penulis

MENERUSI aplikasi WhatsApp, seorang buruh berkenalan dengan seorang anak gadis yang masih di bangku sekolah.

Lelaki itu sudah berusia 25 tahun manakala gadis tersebut berumur 14 tahun 5 bulan – hampir separuh daripada usianya.

Perkenalan mereka kemudian membawa kepada insiden rogol di sebuah rumah pada 9 September tahun lalu.

Dan hari ini, buruh tersebut, Raja Mohd Yusof Raja Husin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol mangsa.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Marang, kira-kira jam 3 pagi 9 September 2021.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Memetik laporan BH Online, sejurus pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh juga dikenakan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, dan tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi sepanjang tempoh prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This