Calonkan Ismail Sabri jamin kesinambungan agenda pemulihan – Menteri, Timbalan Menteri UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMILIHAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada UMNO bakal menjamin kesinambungan dan kelangsungan kepada agenda pemulihan negara pasca pandemik.

Perkata tersebut sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Pandangan itu disuarakan Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.

Menteri dan Timbalan Menteri UMNO memaklumkan, keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi (MT) malam tadi merupakan manifestasi jiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seperti yang terungkap dalam ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu.

Menurut kenyataan itu, menteri dan timbalan menteri UMNO turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan UMNO atas keputusan yang dibuat.

Pada masa sama, kesemua mereka turut beriltizam untuk berusaha sehabis baik dalam memastikan segala perancangan agenda pemulihan negara yang sedang berlangsung berjalan dengan baik dan lancar sehinggalah Parlimen dibubarkan serta mandat rakyat dikembalikan dalam PRU-15.

“Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO dalam kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri mengambil maklum dan mengalu-alukan keputusan MT, semalam.

“Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung semalam secara jelas mencerminkan keterbukaan kepimpinan UMNO diterajui Ahmad Zahid selaku Presiden dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Bukti kononnya UMNO berpuak tidak benar – Ismail Sabri

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd. Sadique; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut menyokong Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainal Abidin; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad.

Jelas kenyataan itu lagi, Malaysia ketika ini telah melangkah ke Fasa Peralihan ke Endemik ke arah agenda pemulihan negara yang sedang giat diusahakan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan, keprihatinan Perdana Menteri dalam usaha pemulihan ekonomi rakyat termasuk pelaksanaan perintah gaji minimum baharu serta agenda membela nasib rakyat juga telah disambut baik dan positif setiap lapisan masyarakat.

“Susulan daripada keadaan pandemik COVID-19 yang lebih baik dan terkawal ketika ini, pengumuman pembukaan lebih banyak aktiviti sosial dalam fasa ini termasuk aktiviti sepanjang Ramadan dan rentas negeri sememangnya dinantikan seluruh Keluarga Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This