Pinda, tambah baik undang-undang elak jadi kes Bella – TMJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan supaya pindaan dan penambahbaikan undang-undang sedia ada seperti Akta Kanak-Kanak 2001 dilakukan segera.

Tunku Ismail bertitah, ia perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes penganiayaan serta dera seperti yang berlaku terhadap orang kurang upaya (OKU) sindrom down dikenali sebagai Bella tidak lagi berulang.

Titah Tunku Ismail, pindaan perundangan itu perlu merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayan dan pemantauan.

“Ia untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi membincangkan mengenai isu Bella.

Pertemuan itu turut disertai isteri TMJ, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Selain itu, Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia, Amanda Bissex dan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairinnisa Ismail turut bersama dalam pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mencadangkan dua lagi langkah penting bagi memastikan kes-kes melibatkan kanak-kanak tidak lagi berulang.

Titah Tunku Ismail, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.

Baca artikel berkaitan: TMJ jumpa Rina Harun bincang kes Bella esok

Tunku Ismail bertitah, tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram.

“Kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi bebas lain.

“Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum. Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” titah TMJ.

Kes melibatkan Bella telah mendapat perhatian TMJ yang turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati untuk kes tersebut.

Nasib malang menimpa Bella sebelum itu mendapat perhatian Che’ Puan Khaleeda menerusi perkongsian di akaun Instagram yang akan berusaha menuntut keadilan bagi Bella.

Remaja berkenaan yang ketiadaan ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju yang diasas Siti Bainun.

Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This