Ku Li ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, hasrat tumbangkan Pas

Dari Penulis

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan bakal mengetuai sebuah gabungan dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha merampas negeri tersebut daripada Pas.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu hantaran di Facebook.

Che Ibrahim turut mendedahkan Amanah bersama-sama Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengadakan program pertama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan pada 7 Mei depan.

Menurut beliau, gabungan berkenaan merupakan satu pergerakan merentas batas kepartian dan kepuakan.

Che Ibrahim berkata, Amanah Kelantan juga bersedia bergabung tenaga dan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menawarkan perubahan kepada rakyat Kelantan.

“Tahniah dan terima kasih Ayahanda Ku Li kerana sudi menggepalai gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang merentas batas kepartian dan kepuakan.

Baca artikel berkaitan: Jumpa Amanah tindakan Ku Li, bukan keputusan parti – Annuar

“Amanah Kelantan bersedia bergabung tenaga dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan membawa serta menawarkan satu perubahan kepada rakyat Kelantan.

“Allah tidak mengubah nasib dan situasi kita kecuali kita sendiri mengubah apa yang ada pada kita. Kita hanya menawarkan, rakyatlah yang memilih,” katanya dalam hantaran tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, Ku Li dan beberapa pemimpin Amanah Kelantan telah mengadakan pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pula dilaporkan berkata, tindakan Tengku Razaleigh itu merupakan kerja individu dan bukan keputusan UMNO.

Memetik laporan Malaysiakini, kerjasama itu difahamkan melibatkan Amanah, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This