PEMILIK akaun Facebook yang telah memuat naik poster menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20 pada 26 Jun tahun lalu telah mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah menjalankan siasatan dan menghubungi pemilik akaun Facebook berkenaan.
Menurut beliau, JAIS juga telah meminta pemilik akaun Facebook itu untuk menarik balik poster kempen wakaf al-Quran tersebut.
Mohd. Shahzihan menegaskan, ia kerana poster berkenaan disifatkan mengelirukan dan memberi gambaran kononnya mana-mana orang Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada mana-mana orang atau pihak.
Sedangkan, beliau berkata, perkara itu sememangnya bercanggah dengan cara bertaubat yang dianjurkan syarak.
“Taubat adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT memohon keampunan akibat perbuatan dosa yang dilakukan.
“Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak memerlukan orang tengah atau perantara atau nilai wang tertentu bagi taubat diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pakej taubat RM20:Jabatan Agama Islam negeri diminta siasat
Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan turut mengingatkan umat Islam terutama di Selangor agar berhati-hati memberi ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip-prinsip agama.
Katanya, sebarang kesilapan atau kekhilafan akan menimbulkan kekeliruan tentang prinsip, menjadikan keadaan cemas dan membuka ruang fitnah kepada Islam serta umatnya.
“Di Selangor perbuatan atau dakwaan seumpama ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa.
“Menjual beli dosa pahala dengan harga dan nilai tertentu bercanggah dengan hukum syarak serta boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 1995.
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” jelas beliau.
23 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta Jabatan Agama Islam negeri menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

