Bekas KP Pendidikan ketuai jawatankuasa khas isu buli, gangguan seksual

Dari Penulis

SERAMAI lapan individu diketuai bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambah baik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kesemua mereka yang dilantik berpengalaman luas dan mempunyai latar belakang profesion berbeza.

Antaranya kata beliau, bekas pegawai kanan kerajaan, pensyarah, kaunselor, pegawai undang-undang serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Penubuhan jawatankuasa khas ini merupakan antara pendekatan KPM untuk mendapatkan solusi terbaik dalam menangani kes berkenaan gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM.

“Kami yakin serta percaya, dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya, jawatankuasa khas ini akan dapat membantu KPM meneliti secara mendalam dan seterusnya mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian yang boleh diambil bagi menangani kes gangguan seksual dan buli.

“KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca: Konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ tidak beban, ganggu tugas hakiki guru

Selain Habibah, turut menerima watikah pelantikan semalam ialah Datuk Sutinah Sultan, Datuk Sulaiman Wak, Prof Datin Mariani Md Nor dan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Aminuddin Awang.

Turut dilantik, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Prof Madya (Kehormat) Datuk Dr Sundramoorthy dan Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

“Kami yakin serta percaya dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya, jawatankuasa khas ini akan dapat membantu kementerian meneliti secara mendalam dan seterusnya mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian,” kata Dr Radzi.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada kelapan-lapan anggota jawatankuasa khas itu atas kesediaan mereka untuk bersama-sama membantu KPM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This