Polis tingkatkan kawalan keselamatan sempena perlawanan Persahabatan Malaysia, Hong Kong

Dari Penulis

SEMPENA perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini, polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium bagi memastikan keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya juga akan memastikan setiap Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan dipatuhi semua pihak.

“Polis juga akan melakukan kawalan lalu lintas dan keselamatan bermula pukul 5.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan badan dan beg yang dibawa penonton akan dilakukan sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium.

Baca artikel berkaitan : Skuad Speedy Tigers, buktikan Malaysia mampu gegar Asia! – Ismail Sabri

“Penonton dilarang membawa barangan seperti mercun, topi keledar, mancis, objek tajam, senjata, minuman keras, payung dan tongkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penonton yang melanggar arahan yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penonton juga dinasihatkan agar sentiasa memakai pelitup muka di kawasan yang sesak serta menjaga tatasusila dan tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan sepanjang tempoh perlawanan tersebut.

Katanya, pihak polis akan mengetatkan kawalan keselamatan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2022 dan Kelayakan AFC Asian China Cup 2023 yang dijadualkan bermula Rabu hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This