Yang tekan PM pemimpin UMNO, yang disalahkan DAP… – Anthony Loke

Dari Penulis

“Yang tekan Perdana Menteri untuk bubarkan Parlimen ialah pemimpin UMNO, yang disalahkan pula DAP.”

Itu reaksi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas beliau berhubung isu tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Anthony Loke, DAP tidak pernah mempertikaikan kuasa Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Jelas beliau, kritikannya hanya tertumpu kepada kenyataan dan mesej Ismail Sabri yang didakwanya tidak konsisten berkaitan isu PRU-15.

“Saya tak pernah kata bahawa Perdana Menteri mesti sebut bila tarikh pembubaran (Parlimen).

“Saya rasa kenyataan Perdana Menteri hari ini (semalam) sebenarnya dituju kepada pemimpin UMNO yang tekan dia untuk bubar Parlimen.

“Cuma dia tak boleh sebut orang UMNO tidak hormat Agong, jadi DAP menjadi mangsa kepada pertelingkahan dalaman UMNO,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Baca artikel berkaitan: DAP mungkin tak hormat, tapi saya hormat Agong, bidas PM kepada Anthony Loke

Terdahulu, Ismail Sabri menganggap DAP sebagai parti yang tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong apabila Anthony Loke mendakwa Perdana Menteri ‘flip-flop’ untuk menentukan tarikh PRU-15.

Ismail Sabri berkata, semua keputusan berhubung PRU-15 terletak kepada Agong dengan beliau tidak mempunyai kuasa menetapkan tarikh tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This