AKSI menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik menerusi satu rakaman video di laman Facebook membawa kepada penahanan seorang lelaki di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata, berdasarkan rakaman itu yang dimuat naik di akaun ‘I Love Teluk Intan,’ polis menahan suspek berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin, Chenderong Balai pada kira-kira 5 petang.
“Pemeriksaan di tubuh badan suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki heroin bernilai RM832.50 yang dijumpai di dalam beg sandang berwarna hitam di bahu kanannya.
“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dengan nama panggilan ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap dan usaha mengesan pengedar itu sedang giat dilakukan oleh pihak polis ketika ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Dadah RM25 juta dirampas hasil serbuan di dua negeri
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

