Antara barangan yang turut dirampas polis susulan tangkapan suspek warg asing.

SEORANG lelaki warga asing yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sekitar Ampang berjaya dicekup polis petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek merupakan seorang penganggur berusia 34 tahun ditahan di Taman Lembah Maju, pukul 5 petang.

“Polis percaya dengan tertangkapnya suspek, ia sekurang-kurangnya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Ampang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua tersepit dalam kemalangan berasingan

Katanya, polis turut merampas 12 utas jam pelbagai jenama, tiga buah kamera serta pelbagai barangan peralatan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan polis kini giat mengesan rakan penjenayah suspek yang masih bebas,” katanya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram