PEREKA fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menafikan pengumuman Caely Holdings bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut.
Jovian dalam kenyataan menegaskan, beliau tidak pernah menandatangani sebarang borang atau persetujuan untuk menerima pelantikan tersebut.
“Saya ingin menyatakan bahawa pengumuman oleh Caely Holdings berkaitan pelantikan saya adalah palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai.
“Pengumuman tidak benar yang dibuat oleh Caely Holdings sebagai syarikat tersenarai am mengenai pelantikan ini telah menconteng arang ke atas reputasi saya dari sudut korporat, bisnes dan seorang individu.
“Saya akan mendapatkan nasihat guaman mengenai hal ini demi mencari cara untuk
melaporkan kesalahan sedemikian kepada pihak berkuasa berkenaan,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Tali pelitup muka Jovian putus dua kali ketika ‘live’ bersama Siti Nurhaliza, netizen kecam ‘hauk’!
Mengulas lanjut, Jovian berkata, beliau sebelum ini pernah mengahdiri mesyuarat bersama wakil Caely Holdings, Datuk Loh Ming Choon pada 13 Jun lalu.
Jelas beliau, Ming Choon telah menawarkan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif kepadanya dalam mesyuarat tersebut.
Menurut Jovian, tawaran itu bertujuan untuk merombak dan mengembangkan bahagian pakaian Caely Holdings.
Begitupun, Jovian menegaskan, tiada sebarang persetujuan berjaya dicapai berhubung perkara tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

