Polis buka kertas siasatan terhadap wanita hina agama Islam

Dari Penulis

POLIS kini membuka kertas siasatan susulan penularan klip video memaparkan aksi seorang wanita bertindak menghina agama Islam di sebuah kelab komedi dekat Taman Tun Dr. Ismail.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kes terbabit kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kerta siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau perpaduan.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitivi perkauman dan keagamaan dalam masyarakat.

Baca artikel berkaitan : Wanita buka baju, tudung di kelab komedi didakwa hina agama Islam

UtusanTV sebelum itu melaporkan Crackhouse Comedy Club Kuala Lumpur mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita terbabit yang dikatakan menghina agama Islam.

Malah, penceramah bebas terkenal, Firdaus Wong turut mengulas mengenai kejadian tersebut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Haji Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam.

“Siastan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This