Hanya 33 peratus tanah lapang awam diwartakan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HANYA 33 peratus atau 7,662.6 hektar tanah lapang awam di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan telah pun diwartakan daripada jumlah keseluruhan 23,433 hektar.

Itu merupakan data daripada Pelaporan Status Tanah Lapang Awam (TLA) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Tahun 2020 yang telah disediakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia.

Data berkenaan telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-40 yang telah dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak dua hektar tanah lapang untuk 1,000 penduduk bandar.

Kata beliau, sebanyak 24 peratus atau 5,738.4 hektar daripada jumlah keseluruhan dalam proses pewartaan manakala selebihnya belum diwartakan.

Baca artikel berkaitan: PIRECFS hubung lapan kompleks hutan utama negara – PM

“Mesyuarat meminta kerajaan negeri mempercepatkan proses mewartakan kawasan tanah lapang di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru semua kerajaan negeri melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab di bawahnya untuk mengambil langkah lebih serius.

Menurut beliau, semua kerajaan negeri perlu menyegerakan pewartaan tanah lapang awam di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN).

“Pewartaan tanah lapang awam ini akan memastikan ia kekal terpelihara dan kekal berfungsi sebagai kawasan lapang yang boleh dimanfaatkan rakyat untuk tujuan rekreasi dan riadah ke arah Malaysia lebih berdaya huni,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This