PIRECFS hubung lapan kompleks hutan utama negara – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAN Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) yang diluluskan hari ini adalah inisiatif menghubungkan lapan kompleks hutan utama negara.

Pelan induk tersebut telah pun diluluskan dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-40 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, PIRECFS merupakan satu dasar utama untuk dijadikan panduan perancangan serta pembangunan fizikal dan hutan bagi seluruh Semenanjung.

Perdana Menteri memaklumkan, ia melibatkan lapan negeri iaitu Kedah; Perak; Kelantan; Terengganu; Pahang; Johor; Selangor dan Negeri Sembilan.

Katanya, pelan tersebut diluluskan bagi memelihara kawasan-kawasan hutan di Semenanjung supaya wujud satu rangkaian fizikal hutan yang bersambungan di seluruh kawasan CFS selaras dengan visi reconnecting the forest.

“Pelan induk ini juga telah mengenal pasti 39 rangkaian ekologi bagi menghubungkan kawasan hutan atau pulau hutan yang tidak bersambungan ekoran berlakunya pemisahan dan pengasingan hutan.

Baca artikel berkaitan: Pemergian Kok Chi kehilangan besar dunia sukan – PM

“Ia bagi mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar dengan memastikan laluan semula jadi hidupan liar dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain tidak terhalang dengan aktiviti pembangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui pelaksanaan pelan induk tersebut, Perdana Menteri berkata, komitmen negara untuk mengekalkan 50 peratus kawasan litupan hutan akan dapat direalisasikan.

Katanya, ia seperti mana yang dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.

“Perkara ini boleh dicapai melalui komitmen bersama antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This