MAN setuju laksana Transformasi Sektor Air 2040 – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Air Negara (MAN) mencapai kata sepakat untuk melaksanakan Transformasi Sektor Air 2040 (WST2040) bagi menjamin sekuriti dan kelestarian air negara.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat keempat MAN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Mesyuarat berkenaan dihadiri menteri-menteri Persekutuan; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; Ketua Setiausaha Negara; Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan ketua-ketua jabatan serta agensi berkaitan.

Pelan Transformasi Sektor Air 2040 itu merupakan antara tiga kertas pertimbangan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.

Menurut Perdana Menteri, pelan transformasi itu akan dilaksanakan di pelbagai peringkat melalui Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan WST2040.

“Agenda Transformasi Sektor Air 2040 menzahirkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sektor air negara bagi menjamin sekuriti dan kelestarian air.

“Selain itu pelan berkenaan juga dilaksana bagi menjadikan sektor air sebagai pemangkin ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain pelaksanaan Transformasi Sektor Air 2040, Perdana Menteri memaklumkan MAN juga mengiktiraf perkhidmatan Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebagai Makmal Forensik Penyelidikan Air.

Katanya, makmal itu akan berfungsi sebagai pusat rujukan dalam menyelidik kejadian pencemaran badan air.

Baca artikel berkaitan: PM arah kementerian, agensi tingkat guna air bawah tanah

Ismail Sabri berkata, makmal tersebut yang telah mendapat akreditasi MS ISO:IEC 17025 boleh menjadi alternatif kepada makmal Jabatan Kimia bagi forensik penyelidikan pencemaran air.

“Makmal Kualiti Air dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia dengan kepakaran kompeten dan diiktiraf Institut Kimia Malaysia serta Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia.

“Ia juga berkemampuan membuat analisis berkaitan pencemaran air merangkumi lebih 200 parameter kimia dan mikrobiologi,” jelas beliau.

Satu lagi kertas pertimbangan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MAN itu adalah perkongsian peta hazard banjir kepada awam.

Perdana Menteri memaklumkan, maklumat peta hazard banjir menunjukkan kawasan kebarangkalian yang boleh dinaiki air berdasarkan peta guna tanah semasa dan akan datang.

Jelas beliau, amalan perkongsian peta hazard banjir turut dilaksanakan negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Ismail Sabri berkata, perkongsian peta itu membantu pihak berkepentingan dalam perancangan pembangunan seperti Rancangan Tempatan Daerah atau Rancangan Struktur Negeri serta perancangan pengurusan bencana banjir.

“MAN adalah platform penting bagi penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan serta pembangunan air negara.

“Selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia Lestari’, kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi memastikan keupayaan negara dalam menangani isu pengurusan air negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This