MPM kutip dua tan sampah daripada pemilik rumah ‘keras kepala’

Dari Penulis

GARA-gara kedegilan sebuah rumah “mengumpul” sampah di halaman rumah sehingga mengganggu penduduk setempat, pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akhirnya bertindak membersihkannya selepas menerima aduan.

Kesalahan itu bukan yang pertama, tetapi pemilik rumah tersebut tetap berdegil menyimpan barang lusuh dan terpakai walaupun sudah berkali diberikan notis.

Menurut satu kenyataan Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPM, kerja-kerja pembersihan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis di Perak, pagi semalam.

“Kerja-kerja pembersihan bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 11 pagi itu turut disertai 18 anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar serta enam anggota Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pembersihan melibatkan kawasan hadapan, tepi serta lorong belakang kediaman tersebut dibantu oleh sebuah lori kompektor, jengkaut dan lori sampah roro.

Mengulas lanjut, pihak MPM telah mengeluarkan notis kacau ganggu kepada pemilik rumah supaya membersihkan kawasan rumah daripada sampah sarap tersebut, sebelum ini.

“Bagaimanapun, pemilik rumah gagal mematuhi arahan notis tersebut dan hal ini membuatkan pihak MPM mengeluarkan kompaun berdasarkan Seksyen 46(1)(D), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sultan Johor kesal sikap masyarakat buang sampah dalam sungai

Sehubungan itu, pihak MPM memohon kerjasama masyarakat di daerah Manjung agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kediaman dan tidak mengumpulkan sampah sarap kerana boleh menyebabkan kacau ganggu serta pembiakan nyamuk aedes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This