Polis buru suspek larikan wang jualan peniaga

Dari Penulis

POLIS sedang giat mengesan suspek terbabit dalam kejadian samun peniaga sebuah gerai makan di Jalan Arung dekat Tampoi Johor Bahru yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian Khamis lalu berlaku kira-kira pukul 6 petang dan dirakam orang awam.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa, seorang perempuan berumur 18 tahun sedang berseorangan membantu menguruskan gerai makan kerana ibunya sedang berehat.

“Suspek seorang lelaki dipercayai warga tempatan berpura-pura ingin membeli makanan di gerai mangsa namun telah melarikan bekas wang jualan milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Rupiah berkata, suspek melarikan diri dengan dua lagi rakannya menaiki kereta Perodua Axia berwarna hitam dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, terdapat orang awam yang membantu mangsa mengejar suspek ketika kejadian namun tidak berjaya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM300,” katanya.

Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi dan menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This