Industri masih ‘liat’, harga minyak masak botol akan diwartakan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HARGA minyak masak sawit tulen dalam botol yang ketika ini melambung tinggi akan diwartakan dalam masa terdekat menerusi kaedah penentuan harga maksimum.

Ia susulan ‘kedegilan’ pihak industri terutama pengilang minyak masak botol yang masih tidak menurunkan harga walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah pun turun.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan jawatankuasa tersebut, hari ini.

Menurut Annuar, alasan pihak industri tidak menurunkan harga minyak masak botol kerana sedang menjual stok lama yang dibeli sewaktu harga MSM tinggi disifatkan tidak adil kepada rakyat.

Kata beliau, ini kerana pengilang bertindak pantas menaikkan harga sewaktu MSM pada kadar tinggi walaupun pada ketika itu stok dibeli pada harga yang rendah.

Sehubungan itu, pewartaan harga itu akan diperincikan dan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh kira-kira seminggu.

“Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi membuat keputusan bahawa kerajaan akan mewartakan harga minyak masak botol mengikuat kaedah undang-undang sedia ada iaitu penentuan harga maksimum.

Baca artikel berkaitan: Harga jualan minyak masak botol mula turun 13 peratus

Harga minyak masak botol dijangka turun masa terdekat

“Setelah diwartakan, minyak masak botol akan mempunyai harga maksium yang ditentukan dari semasa ke semasa berdasarkan harga pasaran MSM dunia,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar menegaskan, keputusan itu perlu dilakukan kerana soal kenaikan harga barang yang ditanggung orang ramai tidak harus dipandang ringan.

Annuar berkata, setelah genap dua minggu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi meminta harga diturunkan jelas menyaksikan mekanisme untuk berunding dilihat tidak berkesan.

Kata beliau, kerajaan memberi perhatian serius tentang isu tersebut kerana kesan akhirnya ditanggung rakyat.

“Minyak masak ini tak dapat tidak adalah sebahagian barang yang sangat diperlukan seperti juga ayam, telur, beras dan sebagainya.

“Sebarang kenaikan dan penurunan harga tidak boleh dibuat berasaskan keutamaan mengekalkan margin keuntungan yang terlalu tinggi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This