Polis sukar kesan pekerja ubah suai rumah Zalina Azman

Dari Penulis

POLIS sukar menjejaki pekerja yang membuat kerja pengubahsuaian di rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman ekoran proses tersebut telah lama dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata status kewarganegaraan pekerja tersebut juga tidak dapat dipastikan melainkan mereka sendiri tampil ke hadapan untuk membantu siasatan berkenaan  Zalina Shaharah atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas. 

“Namun siasatan akan diteruskan merangkumi sudut dijalankan berdasarkan petunjuk baharu. Setakat ini status masih sama, kami tiada petunjuk baharu, Kertas Enkuiri Polis (KEP) akan diteruskan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Baca: Wanita kedua dijumpai di Sentul bukan Zalina Azman

Kali terakhir telefon bimbit Zalina aktif pada 20 November

Sebelum ini, polis mempercayai Zalina Shaharah, 58, masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini. 

Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.  

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This