BMW terbabas sebelum pemandu rentung – polis

Dari Penulis

PEMANDU kereta BMW yang ditemukan rentung dipercayai telah terbabas sebelum rentung di tempat duduk pemandu selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Permas, Johor Bahru, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan pada pukul 6.30 pagi itu membabitkan empat buah kenderaan termasuk kereta mangsa, Perodua Myvi, Honda City dan sebuah van.

Katanya, identiti pemandu BMW tersebut sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar ke Permas Jaya, dan apabila sampai di tempat kejadian kereta BMW itu terbabas ke kanan jalan sebelum memasuki laluan bertentangan melanggar sebuah van yang dipandu lelaki berusia 40-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, dalam masa sama sebuah kereta Perodua Myvi dan Honda City yang sedang mengekori belakang van terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.

@utusantvofficial

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi, membabitkan sebuab BMW, Perodua Myvi, Honda City serta van pekerja kilang. Lokasi berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang | Muhamad Ramadhan. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Pemandu BMW rentung, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu

“Kereta BMW dan van musnah 100 peratus manakala Perodua Myvi terbakar di enjin dan Honda City mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” tambahnya.

Katanya, pemandu van kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

“Pemandu Myvi dan Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai yang merakam video kemalangan untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan dan berhubung dengan Inspektor Goh Tek Huang di talian 017-9479982 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This