Lulus kelas pertama: Kerajaan beri semula pengecualian bayaran PTPTN – PM

Dari Penulis

KERAJAAN akan memberikan semula pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada siswazah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, yang menamatkan pengajian mereka bermula dari 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keistimewaan itu akan diberikan kepada siswazah yang layak tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Justeru itu, beliau berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara itu dari segi peruntukan yang terlibat.

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (MECC) di ibu negara hari ini.

Baca: PTPTN: 3.67 juta Keluarga Malaysia dibantu teruskan pengajian

Pengerusi PTPTN: Apli Yusoff ganti Wan Saiful

Sementara itu, Ismail Sabri menasihati peminjam yang belum melunaskan bayaran balik pinjaman PTPTN agar berbuat demikian supaya proses pinjaman kepada peminjam lain seterusnya tidak tertangguh.

“Suka saya tekankan di sini bahawa tindakan membayar balik pinjaman pendidikan amat mustahak bagi menjamin kesinambungan dana kepada pelajar – pelajar baharu yang juga waris masa hadapan negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata sehingga akhir bulan lepas, lebih dua juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik,” katanya. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This