Polis cari tiga kanak-kanak tumpang belakang lori minyak

Dari Penulis

POLIS kini mengesan tiga kanak-kanak yang terlibat dalam insiden memanjat sebuah lori tangki minyak sedang bergerak di Jalan Bubul, Semporna pada petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah klip video tular di laman Facebook dan kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6.08 petang seperti yang tercatat dalam video.

Mengulas lanjut, pihaknya juga menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memastikan anak-anak berada di bawah pengawasan mereka.

“Perbuatan kanak-kanak di dalam video terbabit boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan : Aksi tiga kanak-kanak tumpang belakang lori minyak tular

Sejak semalam, tular klip video memaparkan aksi tiga kanak-kanak berlari sebelum bertindak menumpang sebuah lori tangki minyak lebih dari tiga minit sebelum pemandu lori dimaklumkan mengenai kejadian oleh perakam video.

Berpandukan kepada Google Maps, dianggarkan jarak kanak-kanak itu menumpang kira-kira 600 meter dari stesen minyak Petronas, Jalan Bubul ke Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang kelihatan di sebelah kanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi hadir rasmikan Konvensyen RESET esok

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan diadakan di Tanah...

More Articles Like This