Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6.53 pagi tadi kira-kira 800 m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

SEROANG wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6.53 pagi tadi kira-kira 800 m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Baca artikel berkaitan: Kecoh buaya gergasi diikat atas lori di Bandar Antipolo, Filipina

JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pukul 3.42 petang semalam dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 12 km dari balai.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kawasan sungai tersebut, yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan sering menjadi lokasi memancing ketika air pasang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram