PN komited sokong PM demi kestabilan – Naib Presiden Bersatu

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) memberikan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi kestabilan politik negara, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan tamat pada Mei tahun depan, jadi sehingga kini kita memberikan komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) dan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara berkekalan sehingga PRU yang akan dipanggil (diumumkan),” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Padi serta Pelancaran Logo SMART SBB dan Sistem Pengurusan Maklumat Beras (RIMS), Ladang’57 iaitu Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Baca: Kerajaan sedia adakan PRU-15 jika ada tarik sokongan

Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menyifatkan dakwaan yang menyatakan bahawa PN berhasrat menarik balik sokongan kepada kerajaan sebagai pandangan pihak tertentu sahaja. 

Menteri Besar Terengganu itu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini berkata sebaliknya terdapat banyak lagi perkara yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This