PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun Telegram serta Signal peribadi miliknya digodam.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, akaun Telegram dan Signal yang digodam itu dipercayai digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi aktiviti jenayah penipuan.
“Mana-mana individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.
“Mana-mana individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM serta SKMM bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel berkaitan: Akaun Telegram peribadi digodam, PM minta abaikan mesej
Semalam, Perdana Menteri dalam ciapan di Twitter memberitahu, akaun aplikasi Telegram peribadinya telah digodam.
Dalam ciapan tersebut, Perdana Menteri meminta orang ramai mengabaikan mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej daripada akaun itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

