Lelaki ‘menyuapkan’ vape ke mulut bayi ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GARA-gara melakukan tindakan kurang bijak ‘menyuapkan’ vape atau rokok elektronik ke mulut seorang bayi dalam satu video tular, seorang lelaki telah ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid memaklumkan lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam.

Menurut beliau, reman terhadap suspek yang juga seorang peniaga akan dipohon di Mahkamah Johor Bahru untuk siasatan lanjut.

Rupiah memberitahu, penahanan itu susulan laporan polis dilakukan ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan itu, Sabtu lalu.

“Suspek adalah kenalan kepada adik perempuan pengadu.

“Menurut pengadu, ketika kejadian dia bersama bayi itu, adik perempuannya dan suspek sedang berada di kedai makan.

“Tiba-tiba, suspek yang sedang memangku mangsa dengan niat bergurau telah ‘menyuapkan’ vape yang tidak berfungsi di mulut mangsa dan kejadian itu telah dirakam adik perempuannya.

“Seterusnya, rakaman itu telah dimuatnaik oleh adik perempuannya di laman media sosial dan telah tular serta mendapat kecaman masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Video tular ‘suap’ vape ke mulut bayi undang kecaman netizen

Kertas siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini, satu video memaparkan seorang lelaki bertindak ‘menyuapkan’ vape ke mulut seorang bayi tular dalam aplikasi Twitter.

Video berkenaan telah dimuatnaik seorang pengguna akaun Twitter dengan nama @fanaizty yang dipercayai dipetik daripada Instagram Story seorang pengguna Instagram.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan lelaki berkenaan ‘tidak segan silu’ menyuapkan vape tersebut ke mulut bayi tidak berdosa itu.

Malah, lelaki tersebut dan perakam video dipercayai wanita seolah-olah ‘gembira’ dengan perbuatan yang dilakukannya.

Tindakan kurang bijak pasangan tersebut sekali gus mengundang kecaman pengguna media sosial lain yang menyelar perbuatan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This