PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pengguna aplikasi mudah alih supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun.
Perdana Menteri yang berhadapan dengan situasi akaun Telegram dan Signal digodam turut menyeru pengguna tidak terpengaruh dengan apa sahaja mesej yang diterima.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pengguna segera melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.
Kata beliau, ini kerana pihak tidak bertanggungjawab mungkin boleh menggunakan identiti mereka untuk menipu orang lain.
“Semalam ada orang hack akaun Telegram dan Signal saya dan sudah laporkan kepada MCMC supaya mereka lebih proaktif dalam perkara ini.
Baca artikel berkaitan: PM buat laporan polis, akaun Telegram dan Signal digodam
“Kita perlu terus laporkan kepada MCMC supaya tindakan segera dapat dilaksanakan oleh mereka. Jangan biarkan lama, sebab takut dia gunakan identiti (pemilik akaun sebenar) untuk menipu orang lain dan sebagainya,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan telah membuat laporan kepada MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun Telegram dan Signal peribadi milik Perdana Menteri telah digodam.
Kedua-dua akaun aplikasi mudah alih itu dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi aktiviti jenayah penipuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

