RUU Lompat Parti: Jabatan Peguam Negara dapatkan perkenan Agong

Dari Penulis

JABATAN Peguam Negara akan menjalankan proses untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) No. 3 2022 Pindaan mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang telah diluluskan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata ia selaras dengan Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. /Gambar FB BHEUU JPM

Beliau berkata perintah kuat kuasa tarikh peruntukan tersebut juga akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh kuat kuasa mengikut Fasal 1 Rang Undang-undang tersebut.

“Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pemakluman melalui surat kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mengesyorkan kepada semua negeri mengenai pindaan terhadap Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan semua Dewan Undangan Negeri meminda Perlembagaan Negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan larangan bertukar parti agar selaras dengan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya seperti dilapor Bernama.

Baca: RUU Larangan Bertukar Parti tidak terpakai pada ahli Dewan Negara – PM

‘Sejarah tercipta di Dewan Rakyat hari ini’ – PM

Wan Junaidi berkata pindaan terhadap Perlembagaan Negeri itu adalah untuk penyeragaman dengan undang-undang Persekutuan di bawah Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan berharap agar semua negeri menerima pakai cadangan peruntukan ini supaya kestabilan politik dapat dikekalkan dan penyeragaman sistem boleh dicapai bukan sahaja di peringkat Persekutuan bahkan di peringkat negeri,” katanya.

Pada 28 Julai lepas, pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti telah diluluskan dengan mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan di Dewan Rakyat.

Semalam, rang undang-undang berkenaan turut diluluskan di Dewan Negara selepas memperoleh  sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This